18 July 2023

LEPASKAN BURUNG MERPATI SEMPENA PERKAHWINAN ANAK - A AIDA TAK SANGKA KAWASAN RESORT DIPENUHI TAHI



"Niat saya nak bebaskan burung itu dari terkurung, tak sangka pula bila dibebaskan dia tidak mahu pergi ke tempat lain. Habis sekarang ini resport saya dipenuhi tahi burung.
"Burung-burung itu duduk di atas bumbung rumah saya," itulah kata penerbit A. Aida apabila tindakan melepaskan burung merpati itu membawa padah apabila resort miliknya dipenuhi dengan najis haiwan berkenaan.

Sabtu lalu, anak kepada A. Aida dan penyanyi Ameng Spring iaitu Wan Az Aleesa telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Zain Azrai Abdul Aziz.

Klik untuk gambar besar
Dalam majlis diadakan di Kasturi D Manggis, Janda Baik, Pahang itu, upacara simbolik pelepasan 50 ekor burung merpati dilakukan sebaik sahaja selesai majlis.

Tambah Aida lagi, pada awalnya dia mahu membeli 100 ekor burung namun penjual hanya ada 50 ekor sahaja. Difahamkan, burung merpati itu dibeli pada harga RM25 seekor.
"Mulanya saya minta seratus ekor, tapi penjual kata ada 50 saja, Nasib baik sebenarnya. Saya tak boleh bayang kalau ada seratus ekor tinggal di atas bumbung resort saya sekarang ini," jelasnya.

Sementara itu, Aida turut memaklumkan, dia sedang berusaha untuk menangkap burung-burung berkenaan untuk dilepaskan di tempat lain.

"Saya tengah cari orang untuk tangkap burung itu, siapa tangkap.. kira dia punyalah. Saya bukan tak nak bela. Ada yang sarankan saya untuk bela supaya jadi tarikan tempat saya ini, tapi saya tak boleh buat macam itu sebab tak ada siapa nak bersihkan najis-najis burung itu nanti," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: