18 July 2023

"SLOWLY BUT SURELY INSYA-ALLAH" - FASHA SANDHA LUAH RASA SYUKUR, BANGGA ANAK KEDUA, JEMYMA DAH 'NAIK' AL-QURAN



"Syukur Alhamdulillah... Putri Raysha Jemyma, kenangan naik Quran at 8yr. Syukur, walau sedikit terlambat naik Quran due to pandemic break terlalu lama.. kami tetap berbangga dengan kejayaan semua anak2. Slowly but surely InsyaAllah.
"Terima kasih Ustaz Ustazah for guiding our child. Syukur Alhamdulillah. Anakku sayang, semoga mendapat barokah dari Allah SWT," tulis pelakon Fasha Sandha yang meluahkan rasa syukur apabila anak kedua, Putri Raysha Jemyma kini sudah menyambung bacaan Al-Quran pada usia 8 tahun.

Berkongsi berita gembira tersebut menerusi perkongsian di laman Instagram, Fasha berkata, meskipun Jemyma agak lambat memulakan membaca Al-Quran, namun dia tetap bangga dengan pencapaian anak perempuannya itu.

Sementara itu, apa yang menjadi perhatian, bekas suami Fasha iaitu Jejai dimana dia turut hadir untuk meraikan kejayaan anak mereka.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: