"Sebenarnya, genre dangdut ini sangat seronok kerana ia adalah sebuah muzik yang membawa maksud sama sahaja seperti genre-genre lain.
"Kami sebagai penyanyi dangdut pun perlu patuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengurusan dari aspek pakaian.
"Apabila muzik dangdut itu sudah berbunyi, memanglah kita perlu gelek sedikit untuk memeriahkan suasana konsert itu, takkanlah nak berdiri tegak sahaja.
"Saya berdiri pun orang mengata disebabkan pakaian yang saya pakai dan penonton berpendapat saya ingin menunjuk bentuk badan, tapi sebenarnya tidak kerana itu sudah jadi lumrah dalam dunia dangdut."
Klik untuk gambar besar
Demikian kata ratu dangdut Malaysia, Amelina yang menafikan genre dangdut membawa unsur negatif dalam kalangan masyarakat disebabkan genre terbabit mempunyai imej tersendiri.
Menurut Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 49, genre dangdut tidak boleh dilabel sebagai sebuah lagu yang tidak elok di mata masyarakat kerana ia mempunyai peminatnya sendiri.
Dalam pada itu, Amelina turut memaklumkan, dia tidak kisah dikecam menjadi penyanyi dangdut, sebaliknya menjadikan kecaman itu sebagai komen yang membina sepanjang terbabit dalam industri seni.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment