Baru-baru ini, anak bongsu kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa telah memuat naik video bersama ayahnya itu dimana mereka sedang membuat tarian TikTok yang sering menjadi ikutan ramai.
"I love my dad," tulis Dahlia sebagai kapsyen video tersebut.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai, gelagat Aaron yang tampil mengenakan solekan dan bertudung sekali gus mengundang tawa ramai pihak.
Klik untuk gambar besar
Aaron yang dilihat pasrah melayan kerenah anak perempuannya itu meraih pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di ruangan komen.
Kata mereka, bapa-bapa biasanya pasarah dan ikut sahaja apa anak perempuan minta. Malah ada juga yang ungkit tentang watak ganster Malik yang dipegang olehnya dan menyatakan kini Malik dah banyak berubah.
"Malik Lu Dah Banyak Berubah Sekarang," kata netizen.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment