17 July 2023

KES EDAR DADAH - ISMAHALIL MENANGIS, SUJUD SYUKUR AKHIRNYA DILEPAS, BEBAS HUKUMAN GANTUNG



Meraung menangis dan sujud syukur... Demikian reaksi bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah apabila dia akhirnya dilepas dan dibebaskan daripada hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, pada September 2021.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Ismahalil selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaannya.

Jelas Muhammad Jamil dalam alasan penghakiman, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan dadah dalam beg itu milik tertuduh, manakala bilik dadah itu ditemui boleh diakses ramai orang.

Klik untuk gambar besar
Mengikut pertuduhan, Ismahalil yang merupakan pengasas 'Bapakku FM' itu didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, 5.35 petang 27 Ogos 2021.

Berikutan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding perbicaraan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad manakala Ismahalil diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: