"Nama putera kesayangan kedua kami pula adalah Abdullah Abbas. Nama yang paling disukai Allah antaranya, Abdullah, maka, permulaan namanya adalah 'Abdullah'.
"Manakala, 'Abbas' pula, Nabi SAW sendiri pernah doakannya (Ibn Abbas). Dan berkat doa Nabi, maka, taawilan Ibnu Abbas walaupun pada usianya yang muda, ternyata sangat fakih (bijak).
"Jadi, harapan umi dan abah adalah, supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam. Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini, hanya Allah sahaja yang tahu," demikian tulis pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa.
Klik untuk gambar besar
Isteri kepada pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, berkongsi nama anak keduanya iaitu Abdullah Abbas menerusi laman Instagram selepas genap tujuh hari kelahirannya yang dilahirkan pada 11 Julai lalu.
Dalam hantaran sama, Neelofa yang juga usahawan itu turut berkongsi rasa cintanya kepada kedua-dua cahaya matanya, Muhammad Bilal dan Abbas.
"Seperti mana lahirnya Muhammad Bilal, perasaan hiba dan sayang buat Abdullah Abbas juga terjalin. Bukan sekadar perasaan yang hendak dicoret tetapi hasrat untuk memberitahu kenapa Bilal dan Abbas yang dipilih," katanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment