18 July 2023

SETUJU GUGURKAN SEMUA HAK - PANCARA SAH BERCERAI TALAK SATU DENGAN AFIZ MUIZ



Pelakon Afiq Muiz, 31, dan isterinya, pelakon Pachara atau nama sebenarnya, Nur Aaira Mahadeya, 32, dilaporkan telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ampang, di sini, hari ini.
Peguam syarie mewakili Afiq iaitu Mohd Yazit Sa'at memaklumkan, anak guamnya membuat lafaz cerai terhadap Pachara di hadapan hakim, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani selepas masing-masing bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

"Ada beberapa perkara dipersetujui antaranya pihak Pachara bersetuju untuk menggugurkan semua haknya seperti nafkah edah, mutaah, tunggakan nafkah isteri dan hutang dalam perkahwinan.

"Jadi, Pachara tidak akan membuat sebarang tuntutan selepas perceraian ini. Kedua, Afiq bersetuju untuk menarik semula kes nusyuz yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Sepang," jelasnya.

Klik untuk gambar besar
Tambah Mohd Yazit lagi, perbincangan sudah dilakukan antara peguam kedua pihak dan anak guam masing-masing bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial.

"Perbincangan pada awalnya hanya dilakukan antara peguam secara bersurat. Kali terakhir perbincangan dilakukan pagi tadi iaitu sebelum memasuki dewan bicara.

"Jadi, akhirnya perkara ini dapat diputuskan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan dalam media sosial selepas perceraian," katanya.

Untuk makluman, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di lokasi penggambaran drama 'Air Mata Syurga'.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: