19 July 2023

PERLAHANKAN AKTIVITI SENI - MISHA OMAR MAHU BERI TUMPUAN URUSKAN KELUARGA



"Saya pun tiada pembantu rumah. Sejak dulu, semua urusan anak-anak saya urus sendiri bersama suami. Alhamdulillah, saya selesa menghantar dan mengambil anak dari sekolah setiap hari. Ia menjadi rutin harian yang membahagiakan.
"Malah, hubungan dengan anak juga rapat dan itu yang paling penting. Walaupun saya memberi kebebasan kepada anak untuk berkawan, tapi saya mengenali siapa rakan-rakannya. Begitu juga, gadis yang diminati Adam."

Itulah kata penyanyi Misha Omar, 41, yang memberitahu dia bertindak memperlahankan karier seninya pada tahun ini kerana mahu memberi fokus pada aktiviti pembelajaran anak sulungnya yang harus mengikuti kelas tuisyen dan sebagainya.

Dalam pada itu, Misha juga tidak menghalang anak lelakinya, Muhammad Adam Emir, 17, berkawan rapat dengan rakan perempuan di sekolahnya walaupun masih dalam usia remaja.

Klik untuk gambar besar
Ini kerana jelas Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar, sebagai ibu dia cuba memahami jiwa remaja anak muda sekarang, dimana pada usia itu sudah mula ada perasaan meminati seorang gadis.

"Saya dulu pun pernah remaja seperti Adam sekarang. Pada usia itu (remaja), saya tahu kebanyakannya mula nak mengenal kehidupan dan mestilah ada perasaan meminati seseorang. Jadi, Adam kini melaluinya dan saya harus terima hakikat itu.

"Anak lelaki saya dah besar sekarang. Cepatnya masa berlalu dan Adam pun tak lama lagi akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Doa saya agar dia berjaya," ujar penyanyi lagu 'Bunga-Bunga' Cinta ini.

Untuk makluman, Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa, kini berusia tujuh tahun.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: