04 July 2023

NONNY TAMPIL BERHIJAB SEMULA - MILA BERSYUKUR DAPAT BERTEMU SAHABATNYA SELEPAS 3 TAHUN



Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Mila Jirin telah berkongsi video dimana dia dapat bertemu kembali dengan sahabatnya, pelakon Nonny Nadirah selepas tiga tahun tidak bertemu.
"Aku sayang kau @nonnynadirah jangan hilang lagi dari Radar persahabatan ❤️," tulis Mila diruangan kapsyen video itu.

Berkongsi hal tersebut menerusi laman Instagram, Mila menjelaskan, dia pernah membuat keputusan untuk pergi ke rumah ibu pelakon tersebut di Sabah, namun dihalang oleh Nonny.

"Masya Allah tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari. Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat dah sampai dah," katanya.

Klik untuk gambar besar
Perkongsian Mila itu menarik perhatian ramai yang kagum melihat penampilan terkini Nonny yang dilihat sudah kembali berhijab.

Dalam pada itu, Mila turut berharap agar persahabatan mereka tidak lagi terputus serta meluahkan rasa sayang pada rakan baiknya yang tampil serba hitam itu.

Terdahulu, nama Nonny menjadi bualan ramai apabila memuat naik gambar seksi sekaligus menimbulkan kebimbangan di kalangan rakan-rakannya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: