02 July 2023

PEREKA FESYEN, RAZMAN KENA TAHAN CCU - ALAMI BADAN BENGKAK, RUPANYA ADA MASALAH LEMAH JANTUNG



Baru- baru ini, pereka fesyen jenama Razman Razmi iaitu Razman Din telah dikejarkan ke hospital berkenaan sebelum ditempatkan di zon merah susulan keadaannya kritikal apabila paru-paru dan seluruh badannya bengkak dipenuhi air.
Difahamkan, Razman kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur akibat masalah lemah jantung.

Menerusi kenyataan dikeluarkan di Instagram rasmi Razman Razmi, doktor pakar yang merawat Razman mengesahkan keadaan itu disebabkan jantungnya yang lemah dan perlu mengambil ubat-ubatan berkaitan penyakit jantung.

Klik untuk gambar besar
"Pakar sudah mengesahkan lemah jantung. Sekarang dan seterusnya Razman perlu mengambil ubat sakit jantung. Air juga tak boleh banyak, jantung lemah tak boleh pam," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Razman turut memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik, selain tidak perlu lagi menggunakan alat bantuan oksigen namun masih dalam pemantauan pakar.
Bukan itu sahaja, pihak hospital juga sudah membuka tiub yang dipasang pada bahagian kemaluan untuk memudahkan dia membuang air kecil.

"Alhamdulillah, tak perlu lagi pakai oksigen tapi masih dalam pemantauan pakar. Kencing pun tak perlu pakai tiub lagi. Terima kasih buat semuanya tak berhenti mengirimkan doa buat saya. Semoga Allah sahaja dapat membalas semuanya," ujarnya.

Untuk info, Razman dan rakan kongsinya, Razmi Rahman banyak mereka pakaian untuk selebriti terkenal di Malaysia seperti Azharina, Eyka Farhana, Datuk Seri Vida, Naim Daniel, Aliff Aziz dan Judika.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: