02 July 2023

"RUPANYA BEGINILAH APA DIRASAKAN OLEH GELANDANGAN" - ALIF SATAR RASA INSAF, HILANG PERASAAN SOMBONG BILA TIDUR TEPI JALAN, 2 HARI TAK MANDI



"Bila saya fikir rupanya beginilah apa dirasakan oleh gelandangan. Tidak ada tempat mandi, lepas itu tengah malam korek tanah cari batu untuk persediaan melontar jamrah.
"Saya gerenti siapa datang buat haji, Insya Allah rasa sombong dan takbur itu mesti hilang," ujar penyanyi dan pelakon Alif Satar yang berasa insaf dan kerdil apabila pengalaman menunaikan ibadah haji itu membuatkannya menyelami perasaan seorang gelandangan yang tidak mempunyai apa-apa.

Jelas Alif atau nama penuhnya, Muhammad Alif Mohd Satar, 32, sepanjang menyelesaikan rukun Islam kelima itu, perasaan sombong dalam diri pasti lenyap selain mengajar tentang erti pengorbanan sebenar.

Klik untuk gambar besar
Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu, Alif turut meluahkan rasa syukur diberi nikmat tidur lena biarpun berada dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa.

"Wallahi, walaupun masa ini sudah dua malam tak mandi, tak pergi ke tandas. Badan dah penat ditambah pula pencemaran bunyi dan bau asap ekzos bas... berlapikkan sleeping bag beratapkan langit bintang, Allah bagi nikmat juga saya dapat tidur lena," tuturnya yang turut berkata, di Tanah Suci sewaktu bermabit sehingga solat Subuh di Muzdalifah, semua jemaah haji hanya mampu tidur di tepi jalan tanpa mendapat layanan istimewa.
"Di sini tak kiralah bayar pakej ratus ribu ke, Tan Sri ke... artis yang orang sanjung ke, hatta mufti sekalipun... Semua orang tidur tepi jalan. Semoga semua yang baca hantaran ini diterima amalan dan ditempatkan dikalangan para salihin," katanya.

Pada 21 Jun lalu, Alif dan isterinya iaitu Sha Dila Halid telah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah haji. Menerusi hantaran di Instagram, Alif juga berkongsi kegembiraan kerana turut bersama-samanya menyertai rombongan perjalanan haji kali ini ialah Mufti Perlis iaitu Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: