Tahniah diucapkan kepada pelakon Fadlan Hazim, 31, yang kini telah pun sah bergelar suami kepada wanita pilihannya juga kelahiran Kazakhstan dikenali, Aiya Mukhamedsalova, 29, dengan sekali lafaz di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Pasangan cinta antara benua itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi yang berwalikan hakim pada jam 10.27 pagi ini.
Pada majlis pernikahan tersebut, Aiya menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin emas berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki.
Klik untuk gambar besar
Kata Fadlan atau nama penuhnya, Fadlan Hazim Anuwar, dia bersyukur impian untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati terlaksana juga hari ini dengan lancar.
"Syukur Alhamdulilah, Allah melancarkan urusan perkahwinan kami pada hari ini. Selama tujuh bulan, saya dan Aiya bersama-sama membuat persiapan untuk majlis bahagia kami, terutama daripada proses dokumentasi.
"Ia berikutan, Aiya bukan warganegara dan kami memerlukan masa beberapa bulan lebih awal untuk menguruskan segalanya. Alhamdulilah, kami dapat menguruskan semuanya dengan baik," katanya.
Difahamkan, keluarga pengantin perempuan tidak dapat hadir ketika majlis pernikahan pasangan ini. Mereka dijangka akan datang ke Malaysia pada Oktober depan ketika majlis resepsi diadakan.
Untuk makluman, Fadlan dan isterinya menjalin hubungan percintaan secara serius sejak April tahun lalu. Pasangan sejoli ini juga bertunang pada Oktober tahun lalu selepas pelakon berkenaan berangkat ke Kazakhstan untuk bertemu keluarga mentuanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment