"Assalamualaikum. Aishah Al Iman Binti Mohd Al-Adib Fahmi, genap 7 hari dah. 🥺 Alhamdulillah, pagi td (semalam) siap cukur rambut dia, tu pun ibu tengok ibu dah sebak.
"Ibu tangkap banyak-banyak gambar dia sebelum cukur td, padahal tumbuh je balik nnti. 😂
"Uncle & Aunty doakan Aishah jadi anak solehah, lembut hatinya, cergas mindanya, baik budi pekerti akhlaknya ya.
"p/s: Sbb kita tak buat majlis, kita throwback gambar masa ibu nak discharge hospital hari tu, muka ada senyum tapi dalam hati sedih Aishah kena tinggal nursery 1 malam sbb kuning."
Itulah tulis penyanyi Wany Hasrita yang berkongsi nama anak sulung perempuannya iaitu Aishah Al Iman menerusi laman Instagram semalam selepas genap tujuh hari kelahirannya.
Pada 8 Julai lalu, Wany selamat selamat melahirkan anak sulungnya iaitu bayi perempuan secara normal sekitar jam 7.14 malam.
Untuk makluman, Wany mendirikan rumah tangga bersama Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment