16 July 2023

NAK BERPIMPINAN TANGAN DENGAN SUAMI DEPAN KAABAH - SHIKIN MAEMBONG IDAM ANAK KEMBAR ATAU LELAKI



"Insya Allah kalau boleh nak berbulan madu di Tanah Suci sebab saya pasang niat nak berpimpinan tangan dengan suami di depan Kaabah," kata isteri kepada penyanyi Cat Farish iaitu Shikin Maembong.
Jelas kakak kepada Emma Maembong itu, doanya ketika menunaikan umrah di Mekah untuk dipertemukan jodoh yang menerima anak perempuannya disifatkan dimakbulkan Allah.

Meskipun perkenalannya dengan Cat Farish dalam tempoh singkat, namun Shikin meluahkan rasa syukur perjalanan mereka untuk disatukan sebagai suami isteri dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar
"Saya pernah berdoa dekat Makkah untuk bertemu jodoh yang baik dan dapat menerima anak perempuan saya. Apabila jumpa Cat tak sangka semuanya dipermudahkan," tuturnya.

Sementara itu, Cat berkata, baginya keputusan untuk mendirikan rumah tangga tidak dilihat sebagai tergesa-gesa apatah lagi keduanya sudah matang.
"Bagi saya perkahwinan ini tidak tergesa-gesa memandangkan kami pun sama-sama sudah matang. Nak bercinta berapa lama lagi? Kami berkahwin untuk kebahagiaan anak-anak," ujarnya.

Dalam pada itu, Cat dan Shikin menyerahkan soal mengenai cahaya mata kepada Allah, namun jika ada rezeki mahu dikurniakan cahaya mata kembar atau lelaki.

"Kami serahkan rezeki anak kepada Allah, kami tidak merancang. Tapi Shikin kalau boleh nak anak kembar atau lelaki memandangkan sudah ada tiga anak perempuan. Kami tak minta dan tak pula menolak memandangkan sudah ada empat orang anak," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: