22 July 2023

SEKITAR KARPET MERAH ABPBH 35 - BUSANA LUAR BIASA AINA ABDUL TARIK PERHATIAN, SIAP NAIK LORI LUTSINAR



Pelbagai fesyen yang digayakan selebriti-selebriti tanah air di karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35).

Namun fesyen luar biasa penyanyi Aina Abdul yang paling menarik perhatian ramai apabila tampil dengan busana berbentuk blazer gergasi.

Lebih menarik perhatian, penyanyi lagu 'Sumpah' dan 'Semalam' itu dilihat menaiki lori lutsinar kerana saiz busana itu.

"Kalau saya nak kereta saya, memang tak muat. Nak masukkan 13 orang dalam kereta pun tak muat. Jadi, saya pilih untuk sewa lori. Saya memang selesa dengan konsep blazer bersaiz besar seperti mana yang kerap saya pakai sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


"Jadi, kali ini saya mengambil inspirasi daripada konsep itu dan meminta pereka untuk menghasilkan blazer bersaiz empat kaki lebar," jelas Aina.

Bukan itu sahaja, Aina turut memberi kejutan apabila busananya 'diubah' menjadi gaun merah yang diinspirasikan daripada bunga mawar merah.

"Konsep bunga mawar pula adalah sebagai rentetan daripada konsep sebelum ini di mana saya memakai busana dengan inspirasi daripada mawar hitam. Kali ini saya memakai busana mawar merah," katanya.


         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: