23 July 2023

"BELUM ADA REZEKI & KAMI 'OKAY'... KAMI BERDUA GEMBIRA & BAHAGIA" - BETO KUSYAIRY NAFI ISTERI SEDANG HAMIL



"Kecoh di Tik Tok mengenai keadaan isteri saya, ada yang kata nampak 'baby bump', mengandung dan sebagainya. Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, isteri saya tidak mengandung dan gambar yang diambil itu mungkin kerana 'angle'.

"Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, saya dan isteri bukan menantikan cahaya mata. Belum ada rezeki dan kami 'okay'. Bukan suatu perkara yang menganggu atau pun membuatkan kami stress.

"Cukup setakat itu saja kerana kami berdua gembira dan bahagia. Kalau ada rezeki, amin Alhamdulillah. Cuma setakat itu saja dan sekali lagi saya menjelaskan isteri saya tidak mengandung."

Itulah kata pelakon Beto Kusyairy yang menjelaskan isterinya, Tisha Shahar tidak berbadan dua dan mereka bukan menantikan cahaya mata seperti yang tular di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Menyerahkan semuanya kepada ketentuan Allah SWT, Beto akui dia kini bahagia bersama isterinya biarpun belum dikurniakan zuriat.

Sebelum ini, perut isteri Beto menjadi perhatian selepas tular menyaksikan Beto yang didakwa mengusap perut isterinya sebaik saja diumumkan mengenai kemenangannya itu.

Malam Jumaat lalu, Beto yang berpakaian serba putih sedondon dengan isterinya itu telah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35, perut isterinya turut menjadi perhatian.

Untuk makluman, Beto atau nama sebenarnya, Nurkusyairy Zakuan Osman, dan isteri mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: