23 July 2023

BERGELAR JUARA 'MIC ON SELEBRITI 2023' - CHIWAN BAKAL KAHWIN TAHUN INI, WANG KEMENANGAN RM250,000 BELI RUMAH, KERETA



Program realiti 'Mic On Selebriti 2023' yang berlangsung di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang itu telah melabuhkan tirainya pada malam Sabtu selepas menobatkan pelakon dan pelawak Chiwan atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Sabri, 34, sebagai juara, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Pada pertandingan peringkat akhir itu, Chiwan berjaya menumpaskan lima pencabar lain menerusi persembahan lagu 'Lebih Sempurna' nyanyian asal Syamel pada pusingan pertama dan 'Hanya Rindu' yang dipopularkan Andmesh.

Dalam pada itu, Chiwan turut mendedahkan, dia bakal menamatkan zaman bujang selepas bergelar juara 'Mic On Selebriti 2023', kerana dia sudah bersedia untuk bergelar suami kepada wanita pilihan iaitu Cinta Aiyuni, 23.

Klik untuk gambar besar
"Insya-Allah tahun ini saya akan kahwin. Menang atau tidak, saya memang akan kahwin tahun ini juga. Sepatutnya kami disatukan pada Ogos ini tapi terpaksa ditangguhkan (susulan komitmen terhadap kerja).Alhamdulillah dengan kemenangan dan ganjaran yang diterima dapatlah kami buat majlis lebih sempurna, ajak lebih tetamu," tuturnya.

Dalam pada itu, Chiwan turut memberitahu, dia mahu mengelak berdepan ujian ketika tempoh 'darah manis'. Dek kerana itu, dia tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu, sebaliknya, mereka bercadang untuk bertunang pada hari pernikahan, malah perkara itu turut dipersetujui keluarga kedua-dua belah pihak.
"Insya-Allah (bertunang) akan buat serentak pada hari pernikahan sebab nak mengelak ujian-ujian tidak diingini. Alhamdulillah saya sudah bertemu ibu bapa Cinta, malah rapat dengan mereka. Keluarganya juga banyak membantu saya sepanjang bertanding dalam Mic On Selebriti 2023," ujarnya yang juga berkongsi detik perkenalan dengan bakal isterinya, dimana mereka bertemu ketika sama-sama terlibat dalam sebuah penggambaran di Terengganu pada Januari tahun lalu.

"Saya lihat dia tengah bawa ATV dan ketika itulah perasaan ingin berkenalan mula timbul. Mula-mula berabang selepas itu bersayang pula," kongsinya yang turut terkilan apabila tidak sempat membawa teman wanitanya itu bertemu dengan Allahyarham ibunya, Rokiah Salam yang meninggal dunia pada 22 Julai 2022, namun dia percaya, arwah ibunya pasti akan menyukai dengan Cinta dan merestui hubungan mereka.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai perancangan wang kemenangannya, Chiwan berkata, dia akan menggunakannya untuk membeli sebuah rumah selain kenderaan. Malah menjadi hasratnya untuk membantu rakan-rakan sekeliling sekiranya ada yang memerlukan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: