24 July 2023

"INI ANUGERAH PERTAMA... SAYA DAPAT BUKTIKAN SAYA LAYAK MEMENANGI ANUGERAH INI" - SOPHIA ALBARAKBAH



"Awak memang layak menang," demikian reaksi kekasih kepada pelakon Sophia Albarakbah yang lebih dikenali sebagai Mr Doctor mengatakan teman wanita itu sememangnya layak menang apabila dinobat Aktres Filem Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35), Jumaat lalu.
Sophia terharu menerima sokongan daripada insan tersayang apabila melihat kekasihnya itu menjawab pertanyaan media.

Sementara itu, Sophia turut berterima kasih dengan kesungguhan peminat yang mengundinya sehingga dia berjaya membawa pulang anugerah tersebut.

"Saya bersyukur peminat sukakan karya saya dan mengundi. Ini adalah anugerah pertama saya selepas empat tahun berkecimpung dalam dunia seni," katanya.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Sophia turut mengulas mengenai kontroversi yang terpalit sebelum ini dimana dia menyifatkan kemenangan itu sekaligus dapat membuktikan bahawa dia layak memenangi anugerah berkenaan.

"Ya, sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan pada orang ramai, saya layak memenangi anugerah ini. Sebab dalam karier pastinya saya mahu capai sesuatu, kita juga mempunyai gol dan nak dapat satu anugerah pun bukan senang. Alhamdulillah, akhirnya saya dapat.

"Dan tidak kisahlah ada kontroversi atau tidak, kalau mereka tak minat, mereka tidak akan mengundi, jadi saya tak rasa kontroversi perlu ada dalam kerjaya," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: