24 July 2023

WATIE AKUI TAK CEMBURU SHUIB MASIH RINDUKAN ARWAH ISTERI, SITI SARAH



"Sejujurnya tiada apa-apa perasaan… bagi saya apa yang menggembirakan hati dan mampu mengubat kerinduannya saya okay sahaja. Bagi saya nak cemburu pada orang yang telah tiada pun buat apa, adanya saya di sini pun disebabkan kisah mereka yang sudah tiada.
"Allah tidak meletakkan rasa sedih atau cemburu dalam diri saya," jelas isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah, dimana dia berkata tiada rasa sedih mahupun cemburu apabila suaminya itu masih terkenangkan arwah isterinya, Siti Sarah.

Dalam pada itu, Wati turut meluahkan rasa syukur apabila netizen diluar sana menyenangi hubungannya dengan Shuib serta mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar
"Sebelum ini mungkin belum kenal saya lagi... Alhamdulillah sekarang sudah boleh sesuaikan diri dengan kehidupan bersama Shuib.

"Komen negatif sebelum ini tak beri kesan pun pada saya, sebaliknya komen positif yang saya terima selepas kawin lagi beri kesan. Sebab takut sekiranya akan kecewakan mereka," katanya.
Berkongsi mengenai perubahan selepas bergelar isteri, Watie berkata, kehidupannya kini lebih teratur dan berdisiplin.

"Saya bangun awal pagi dan hantar anak-anak ke sekolah. Tengah hari ambil mereka pulang dari sekolah pula," kata Watie yang mendirikan rumah tangga dengan Shuib pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Shah Alam.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: