03 July 2023

SHUIB DIHUBUNGI PEMFITNAH KURANG 24 JAM SELEPAS 'WARNING'



"Alhamdulillah, saya dah dapat bercakap dengan dia. Insya-Allah, kami akan bertemu esok untuk mendengar penjelasan atas tindakannya itu," jelas pelawak dan penyampai radio, Shuib, 39, yang memaklumkan, individu itu sudah menghubunginya, selain mengaku perbuatannya itu dan mereka juga akan mengadakan pertemuan esok.
Kurang 24 jam tempoh diberikan, individu yang didakwa memfitnah Shuib di media sosial, baru-baru ini sudah dikesan apabila dia tampil menghubungi selebriti popular itu.
Sebelum ini, Shuib nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa menyebarkan fitnah terhadapnya serta mengaitkan arwah isteri, Siti Sarah Raissuddin.

Kata Shuib, tindakan individu tersebut mengaitkan dia dengan 'Freemason' dan mendakwa Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti C0V1D ketika itu sangat melampau. sIa bukan saja membabitkan Allahyarham isterinya, tetapi juga pihak hospital.

Tambah Shuib, dia yang mulanya tahu mengenai perkara itu menerusi perkongsian daripada syarikat pengurusan, Indigital Music pada 30 Jun lalu itu awalnya bersikap tenang saja.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Shuib telah berkongsi hantaran dibuat individu terbabit yang didakwa memfitnahnya dengan tuduhan tidak benar dan tidak berasas yang dikongsi di Facebook sebelum ini.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: