03 July 2023

"DIA TAK PERNAH MINTA BUKAN-BUKAN" - IZZUE ISLAM BERSYUKUR DIKURNIAKAN ISTERI MACAM AWIN NURIN



"Saya bersyukur memperisterikan dia, dia tak pernah minta bukan-bukan. Siapa yang mengenali isteri saya mesti tahu. Isteri saya ni kalau dia berkorban untuk orang tak apa, tapi kalau orang nak buat untuk dia, dia tak mahu pula. Kalau nak sesuatu pun dia akan beli guna duit simpanannya sendiri. Saya untung dapat dia. InsyaAllah cinta saya akan sentiasa hidup untuknya."
Itulah kata pelakon dan penyanyi Izzue Islam yang meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri sederhana macam Awin Nurin serta memahami isterinya itu, selain menyifatkan dirinya beruntung isterinya itu tidak pernah mengharapkan balasan setiap kali melakukan pengorbanan dalam rumah tangga.

Dalam pada itu, Izzue turut berkongsikan isterinya itu sentiasa membuat kejutan setiap kali ulang tahun kelahirannya. Namun apabila hari lahirnya, Awin memilih untuk mengutamakan hal kerja dan mahu ianya disambut secara sederhana sahaja.

Klik untuk gambar besar
"Saya tak pernah lupa hari lahirnya cuma saya terlalu sibuk kerja. Saya mengaku tak sempat nak beli hadiah tapi dia tak kisah dan minta saya utamakan kerja dulu. Kami selesa hidup sederhana, kadang-kadang hari jadi dah lepas barulah dapat hadiah. Apabila hadi jadi saya, kami sambut tapi bila tiba giliran dia pula tak mahu. Terpaksalah saya rancang buat kejutan untuk isteri," ujarnya.

Untuk makluman, Izzue mendirikan rumah tangga bersama Awin pada 2013, namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: