03 July 2023

TIDAK HADIR KES NOMBOR VIRAL, SUAMI FATIN AFEEFA BAKAL DIKESAN POLIS BAGI MEMBANTU JPJ



"Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.
"Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah," kata Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang kepada media.

Ia bagi mengesan suami pelakon Fatin Afeefa, dikenali Opai bagi membantu siasatan berkenaan nombor pendaftaran 'QPA1' yang bukan didaftarkan atas kereta McLaren miliknya.

Klik untuk gambar besar
Beliau percaya Opai masih berada di ibu negara dan menganggap tindakan mengabaikan notis temu siasat itu sebagai mencabar JPJ.

Untuk info, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan 'super car' pada sebuah acara pertunjukan kereta, baru-baru ini.

Bagaimanapun, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: