"Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau serta ekstrem kerana melibatkan arwah isteri saya, pihak hospital (HUKM) dan khasnya doktor yang terlibat. Rasanya tak perlu saya beri komen yang panjang. Tunggu saja kenyataan dari pihak peguam saya."
Demikian kata pelawak dan penyampai radio, Shuib kepada Kosmo, dimana dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwa dirinya adalah salah seorang ahli organisasi 'F' yang merujuk kepada Freemason serta mengaitkan kematian arwah isterinya, Siti Sarah dengan agenda vaksin.
Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila tular perkongsian individu yang mengeluarkan kontroversi membabitkan pelawak terbabit dan isterinya.
Dalam perkongsian itu juga, individu berkenaan mendakwa Freemason menggunakan artis untuk mempromosikan kebaikan vaksin serta mengatakan Shuib tidak boleh ingkar meskipun perlu mengorbankan keluarga sendiri.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment