25 July 2023

TAHNIAH - NADZMI ADHWA & ARDELL ARYANA SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA



"Alhamdulillah. Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada hari ini 25 July 2023, jam 12.58 awal pagi tadi. Terima kasih doa yang baik-baik dari semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua Ibu dan anak selamat."
Itulah tulis pelakon Nadzmi Adhwa yang memaklumkan berita gembira dimana isterinya, pelakon Ardell Aryana selamat melahirkan anak kedua mereka secara normal di Pusat Perubatan Seri Kembangan awal pagi tadi.

Nadzmi yang berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram, bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai jantina bayi mereka.

Untuk makluman, Nadzmi dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwan Malaikha Urwa kini berusia 3 tahun.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: