"Dalam setiap apa yang kita buat mungkin ada tak suka dan sengaja petik nama kerana tahu saya tak boleh lari tapi siapa kenal, dia tahu saya macam mana.
"Kalau makin melampau saya mungkin akan ambil tindakan undang-undang. Setakat ini saya masih boleh sabar tapi semua orang ada tahap kesabaran."
Demikian ujar pelakon Sophia Albarakbah yang tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah serta jika masih dikaitkan dengan isu penyondol.
Dalam pada itu, Sophia berkata, kemenangannya di ABPBH35 baru-baru ini dimana dia memenangi trofi Aktres Filem Popular, telah membuktikan ramai menyayangi dirinya, namun dia turut tertanya-tanya mengapa orang masih melabel dirinya teruk.
Klik untuk gambar besar
"Saya tidak tahu mengapa orang masih cop saya teruk sedangkan kenyataan sebelum ini pun saya buat disebabkan mulut segelintir netizen yang memetik nama saya.
"Tidak patut fitnah diri saya sebegitu kerana saya hanya mahu pertahankan diri, namun kalau orang ramai masih nak mengata itu antara dia dengan Tuhan.
"Saya percaya, kalau ada seribu orang benci saya mesti ada seribu orang lain yang sayang saya, lagipun isu suami artis dikacau itu dimaksudkan orang lain, bukan saya," katanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment