25 July 2023

HAMIL ANAK KEDUA - AYDA JEBAT BUAT KEJUTAN DI PAGI RAYA, KINI KANDUNGAN HAMPIR 5 BULAN



Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat telah berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram miliknya dimana dia kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.
Menerusi perkongsian itu, Ayda turut memuat naik video kejutan untuk suaminya, Nabil Mahir, yang dibuat di pagi raya.

"Alhamdulillah dengan kerjasama kami bersama dan izin Allah, we're almost 5 months pregnant! Minta semua doakan Ayda dan kandungan sentiasa sihat. Terima kasih & sayang semua!" tulisnya.

Klik untuk gambar besar
Perkongsian Ayda itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta mendoakan semuanya dipermudahkan.

Untuk makluman, Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: