26 July 2023

NAFI JADI PUNCA PERCERAIAN SUAMI & MADU - MIERA LEYANA JELAS KAHWIN SEBAB DAH JODOH, BUKAN SEBAB KAYA



"Saya pilih untuk mendiamkan diri ada sebab. Anda semua pun tahu sebelum ini saya pernah dilanda kontroversi lebih teruk berbanding ini cuma ini tentang rumah tangga saya jadi saya lebih berahsia.
"Cuma terlalu banyak spekulasi di luar sana yang tak betul jadi saya memilih untuk berikan sedikit sahaja statement untuk beritahu orang luar sana untuk beringat ada two sides of every story.

"Saya berkahwin pada usia muda. Saya sebelum ini bercinta dengan orang yang bagaimana. Jadi, kalau ada spekulasi yang mengatakan saya dengan suami sebab dia kaya, itu salah.

Klik untuk gambar besar
"Kenapa saya nak berkahwin dengan orang yang ada anak lima? Baik saya kahwin dengan lelaki yang berstatus, berduit dan single.

"Saya kahwin itu sebab jodoh. Jodoh, ajal, maut semua di tangan Allah," jelas pelakon Miera Leyana yang menafikan dakwaan dirinya menjadi punca perceraian suaminya, Rosland dengan madunya, Adibah Abdul Mutalib.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Miera berkata, pihak luar tidak sepatutnya mendengar sebelah pihak sahaja kerana dia juga mempunyai 'cerita' sendiri, selain menafikan dia memilih untuk berkahwin dengan Roslan kerana mengejar harta sebaliknya sudah jodoh mereka.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: