Muat naik terbaru di laman Instagram personaliti media sosial iaitu Maryam You Narae telah menjadi perhatian apabila berkongsi gambar bersama ibunya yang mengikutinya ke masjid menunaikan solat Subuh.
Kata Maryam, ibunya turut membawa pulang telekung ke Korea untuk perlahan-perlahan berlajar solat disana serta meminta orang ramai mendoakan buat ibunya.
"My mom ikut pergi Solat Subuh di Masjid tadi pagi, Alhamdulilah dan Insyallah, Omma juga bawak balik Maryam punya telekung untuk belajar slow slow solat di Korea. Semua doakan untuk Ibu Maryam ya🤲🏻🤍🥹," tulisnya.
Dalam pada itu, Maryam memaklumkan semalam merupakan hari terakhir dia bersama ibunya di Malaysia sebelum pulang ke Korea.
Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian itu, Maryam turut memberitahu sudah 3 tahun dia tinggal di Malaysia dan berjauhan dengan keluarga.
Menurutnya lagi, sebagai anak perempuan tunggal, dia juga rindukan kasih sayang seorang ibu dan kehadiran ibunya itu membuatkan dirinya rasa disayangi.
"Last day dengan ibu. I was here alone without my family for the past 3 years in Malaysia. I've lived my life as a mother to my daughter. Just before I spent my life pouring love to my daughter more than myself but thing changed when my mom came visited.
"I'm also a someone's daughter. I realised I need to be loved just like I love my daughter. I felt the real bond of family when I can share happiness, laughter and memories with my mom.
"I never cry seeing her leaving me but today I just did. I feel I'm alone again without her but I will keep myself strong till I see her again," katanya.
Sejak Januari lalu, perkongsian personaliti media sosial iaitu Maryam You Narae menjadi perhatian apabila tampil berhijab dan ramai yang mendoakan agar terus istiqamah untuk terus bertudung.
Untuk makluman, Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Rina yang kini berusia setahun lebih.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment