26 July 2023

MAHKAMAH ARAH SAM BUNKFACE BAYAR TUNGGAKAN NAFKAH ANAK - BEKAS ISTERI LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan keputusan, hari ini (semalam). Saya minta maaf, itu sahaja yang boleh saya dikongsikan," ujar bekas isteri penyanyi Sam Bunkface iaitu Aida Azira yang meluahkan rasa syukur apabila keputusan berpihak kepadanya serta berharap kes pindaan tuntutan jumlah naflkah anak akan berakhir dengan baik.
Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengarahkan Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd. Baharom, membayar tunggakan nafkah anak kepada bekas isteri berjumlah RM4,668 dalam tempoh 12 bulan.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas mendapati vokalis kumpulan Bunkface itu gagal membayar nafkah sebanyak RM1,300 sebulan kepada bekas isterinya itu secara konsisten.

Peguam syarie yang mewakili Aida, Muhammad Hafiz Hood berkata Sam tidak membayar jumlah penuh seperti yang dipersetujui oleh mahkamah sebelum untuk enam bulan.

Klik untuk gambar besar
"Jumlah RM4,668 bagi tunggakan selama enam bulan antara tempoh April sehingga September 2021 iaitu berjumlah RM778 sebulan.

"Jadi, Sam perlu membayar tunggakan selama enam bulan. Oleh itu, mahkamah hari ini mengarahkan Sam perlu membayar nafkah seperti dipersetujui dalam perintah mahkamah," katanya.

Untuk makluman, Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai selepas empat tahun berkahwin. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq yang dilahirkan pada 11 September 2016.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: