26 July 2023

KEMENANGAN BELL NGASRI DIPERTIKAI - NABIL AHMAD TAMPIL BERSUARA



"Saya tak faham kenapa ada orang pertikai kemenangan Bell di ABPBH 35. Itu rezeki dia, kenapa kau (netizen) mesti nak pertikaikan rezeki orang lain. Bell dah mula berlakon sejak umur dia enam tahun, sangat awal. Sekarang baru dapat peluang untuk merangkul anugerah."
Itulah kata pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang hairan dengan pihak yang mempertikaikan kemenangan pelakon dan pelawak Bell Ngasri yang bukan saja memenangi Artis Komedi Popular, malah dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Nabil menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini tampil mengulas dimana dia mengatakan Bell sudah mula berlakon sejak usia enam tahun dan itu adalah rezekinya apabila menang di ABPBH.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ketika siaran langsung tersebut, penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein turut menasihati orang ramai supaya bertenang serta menjaga pertuturan di dalam media sosial.

"Bell memang layak selayaknya, tapi kenapa orang dekat Facebook garang-garang ya? Saya mohon orang ramai kena bertenang dan jangan nasihat yang diberikan sehingga mengaibkan," ujar Elly atau mesra disapa Kak Lim Pom Pom.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: