26 July 2023

LUAHAN ISI HATI AINA ABDUL



"Selalunya saya jarang sekali nak luah isi hati, saya tahu ia akan berhasil luah di sini (Instagram). Saya terpanggil nak tulis sesuatu.
"Yup... benar saya ada melihat video tersebut, saya baca semua dan telitikan perkara itu.Saya renungkan setiap teguran yang masuk.

"Terima kasih kepada semua yang ambil berat, menegur untuk kebaikan dan tinggalkan yang murni, memberikan mesej dan sokongan. Saya hargai semuanya.

Klik untuk gambar besar
"Alhamdulillah, saya akan cuba yang lebih baik selepas ini. Untuk masa ini nikmati semuanya, masyaAllah," itulah luah penyanyi Aina Abdul menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia berlapang dada menerima segala teguran mengenai penampilannya.

Nama Aina hangat diperkatakan selepas dia dilihat berlebihan semasa muncul di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 Julai lalu.
Sebelum ini, pendakwah Dr Kamilin Jamilin menegur segelintir selebriti yang mengenakan fesyen unik dan pelik sehingga mengundang perhatian ramai termasuk dalam kategori libas al syurah.

Kata pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini, pakaian sedemikian dilarang dalam Islam kerana ia boleh mendatangkan sifat riyak dan perasaan hebat daripada orang lain.

Susulan itu, netizen memetik namanya dan mendoakan agar penyanyi berkenaan menyedari tindakan dalam berpenampilan berlebihan itu sebenarnya salah.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: