26 July 2023

JADI KAHWIN AZRA TAHUN INI - AZRI ISKANDAR MAHU BUAT KENDURI, ENGGAN BERSANDING



"Kami jadi kahwin, nanti saya beritahu bila hari bersejarah itu. Insya-Allah tahun ini... kami memang rancang nak kahwin seawal mungkin. Sebelum ini saya ada kongsi punca majlis kami tertangguh disebabkan faktor kewangan...
"Saya akan beritahu kamu (media) semua apabila sudah ada tarikhnya," jelas pelakon Azri Iskandar yang beri bayangan bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya iaitu Dr Azra Diera pada tahun ini, selepas beberapa kali tertangguh.

Tambah Azri atau penuhnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, dia bakal membuat majlis kenduri secara sederhana, sekadar untuk berkongsi hari bahagianya bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Klik untuk gambar besar
"Walaupun sudah tua saya tetap akan buat majlis tapi sekadar kenduri kecil-kecilan... Nak bersanding mungkin tidak rasanya. Majlis akan dibuat sederhana, sekadar meraikan keluarga dan rakan-rakan untuk memaklumkan kami sudah mendirikan rumah tangga," ujarnya.

Sebelum ini, Azri memaklumkan, dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya bersama Azra selepas wang dikumpul untuk majlis tersebut masih belum mencukupi.

Selain isu kewangan, Azri turut menjelaskan, dia dan pasangannya kini sedang sibuk menguruskan hal kerja masing-masing.
Dalam pada itu, ditanya pula mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Azri memberitahu, mereka semakin akrab berbanding sewaktu bergelar suami isteri.

"Saya dengan Ellie baik... rasanya lebih baik daripada dalam perkahwinan dulu. Saya berhubung dengannya kerana anak dan kami tidak berkira tentang soal kewangan. Ini merupakan kali kedua saya gagal dalam rumah tangga. Saya tetap baik, begitu juga dengan perkahwinan pertama.

"Saya beri nafkah semampu yang saya boleh... memanglah ada waktu-waktu yang terlepas bayar tetapi bila ada projek (lakonan) saya akan bayar semula," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: