27 July 2023

KORIE HIDAP PENYAKIT BUAH PINGGANG TAHAP TIGA : "SEBAGAI BAPA TUNGGAL, SAYA KENA CARI REZEKI UNTUK ANAK"



"Selepas PKP 3.0, pada 28 Ogos 2021, saya disahkan menghidap penyakit buah pinggang tahap tiga. Setakat ini, saya masih di tahap yang belum perlu menjalani rawatan dialisis. Jadi, saya cuba mencari perubatan alternatif dulu. Alhamdulillah, selepas menjalani kehidupan sihat dan mengikut diet yang bersesuaian, sakitnya dah agak berkurangan.
"Cumanya, ada makanan yang saya tak boleh makan contohnya yang terlalu berprotin. Kalau sayur dan buah pun, ada yang saya tak boleh makan," kata penyanyi dan komposer, Korie, 54, yang memaklumkan, dia disahkan mengalami masalah buah pinggang tahap tiga sejak Ogos 2021.

Korie yang juga adik kepada Ratu Rock Negara, Ella itu berkata, penyakit tersebut menyebabkan dia kehilangan berat badan sehingga 16 kilogram. Jelasnys lagi, dia pada awalnya diserang sesak nafas beberapa kali sebelum diserang angin ahmar.

"Pada awalnya, saya diserang sesak nafas. Kali pertama, doktor beritahu bahawa ia disebabkan gerd. Kali kedua saya diserang pun doktor maklumkan perkara sama.

"Kali ketiga, saya diserang angin ahmar. Selepas itulah baru doktor sahkan bahawa saya ada masalah dengan buah pinggang saya," tuturnya yang terpaksa menolak beberapa tawaran kerja kerana tenaga yang terhad.

"Disebabkan penyakit ini, kehidupan saya sedikit sebanyak terganggu. Sepanjang lebih kurang dua tahun ini, banyak tawaran kerja yang saya terpaksa tolak. Dari segi suara, tidak terlalu terganggu, kecuali pernafasan. Saya jadi cepat letih.

"Jadi, sebagai bapa tunggal, saya kena teruskan juga untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kadang-kadang, sakit juga. Tapi, sebab nak cari rezeki untuk anak, saya terpaksa keluar bekerja juga. Tapi, saya letakkan syarat untuk menyanyi antara satu hingga dua lagu sahaja kerana tenaga saya yang tak lagi kuat.

"Mujurlah ada duit royalti yang saya simpan sedikit dan boleh saya gunakan untuk rawatan dan menanggung kehidupan," ujarnya yang turut berkongsi dimana dia dan rakan-rakan membuka syarikat produksi untuk terbitkan dokumentari serta filem-filem pendek.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: