27 July 2023

ISTERI DA'I SYED ALAMI KEGUGURAN DI USIA KANDUNGAN CECAH 10 MINGGU



"Berat hati ini ingin khabarkan, Semua pasangan suami & isteri inginkan cahaya mata ✨
"Sejujurnya, isteri saya memang pregnant. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja."

Demikian tulis pendakwah bebas, Da'i Syed menerusi laman Instagram miliknya dimana dia berkongsikan berita duka isterinya, personaliti televisyen, Hana Ismail telah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu.

Klik untuk gambar besar
Reda Allah hanya memberi pinjaman selama 10 minggu, Syed turut memohon orang ramai mendoakan buat isterinya yang menjalani rawatan mencuci rahim di sebuah hospital.

"Jam 8.15 tadi (semalam), isteri saya memulakan operasi DNC, mohon doakan semoga urusan kami dipermudahkan oleh Allah swt 🤲🏻
"Terima kasih semua yg mendoakan dan mengambil berat tentang isteri saya," katanya.

Untuk makluman, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: