27 July 2023

ISTERI SELAMAT BERSALIN - REMY ISHAK DAH JADI 'DADDY'



"Assalamualaikum, Alhamdulillah isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi bertarikh 27 Julai 2023 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Itulah tulis pelakon Remy Ishak yang berkongsikan berita gembira dimana isterinya, Ezza Yusof selamat melahirkan anak sulung mereka di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur jam 11.17 pagi tadi.

Menerusi perkongsian di Insta Story itu, Remy memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat serta berterima kasih atas doa serta ucapan tahniah yang dikirimkan orang ramai.

Klik untuk gambar besar
"Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik. Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah. Sekian, terima kasih," jelasnya.

Setakat ini, Remy yang mendirikan rumah tangga bersama Ezza pada 21 Ogos 2021 ini belum lagi mendedahkan wajah serta jantina anak sulungnya itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: