27 July 2023

SAH BERCERAI TALAK SATU - HAFIDZ ROSHDI & SHUHADA LUAH RASA SYUKUR



Pagi tadi, berakhirlah rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada apabila mereka sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Hakim Syarie Siti Rahmah Husssin mengesahkan lafaz yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu adalah sah dan Shuhada tidak perlu jalani tempoh edah yang telah selesai pada 23 April lalu.

Sementara itu, peguam mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata, mahkamah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari lalu.

Klik untuk gambar besar
Hafidz ketika ditanya berhubung perceraiannya itu berkata, dia berasa syukur dan lega akhirnya kemelut rumah tangganya selesai secara baik, selain berpuas hati dengan keputusan hakim.

"Saya bersyukur kes kami sudah selesai dengan baik yang mana saya hari ini sudah bercerai dengan talak satu. Saya nak ucap terima kasih semua yang menghormati privasi dan karier saya.

"Alhamdulillah saya lega, perkara ini diselesaikan cara baik dan tanpa sebarang pergaduhan. Saya juga hormati keputusan hakim dan berpuas hati serta gembira dengan keputusan hari ini," ujarnya.
Sementara itu, Shuhada turut meluahkan rasa syukur apabila merasakan bebannya seperti sudah diangkat Allah, serta menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian.

"Alhamdulillah. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban. Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain dan hanya bergantung pada Allah saja.

"Sekarang saya mahu fokus diri sendiri dan anak-anak serta capai cita-cita saya dulu kerana Insya-Allah saya mahu sambung pelajaran," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: