27 July 2023

BILA PENAMPILAN ELLIE SURIATY LEPAS CERAI DIPUJI MAKIN CANTIK & TERURUS



Penampilan terkini pelakon Ellie Suriaty baru-baru ini muncul di sebuah majlis pelancaran drama 'Tanah Kubur' yang turut dihadiri bekas suaminya, Azri Iskandar, telah menarik perhatian netizen.
Difahamkan, itu kali pertama Ellie dan bekas suaminya bersua muka dalam acara yang sama selepas setahun bercerai. Ini kerana kedua-duanya berlakon dalam drama tersebut, namun bagi episod berbeza.

Berhubung hal tersebut, Ellie menerusi temu bual bersama Hlive, berkata, dia bersikap profesional apabila hadir dalam acara majlis, meskipun ada bekas suami.

Klik untuk gambar besar
"Sebagai seorang artis yang profesional kitorang kenalah hadir pada pelancaran drama ini. Tapi tak ada lah datang bersama dan balik bersama," katanya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen temu bual tersebut pula, rata-rata netizen memuji Ellie yang kini kelihatan cantik dan lebih terurus selepas 'single' .

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 53 tahun itu juga dipuji semakin pandai berhias diri, selain mengatakan mungkin kerana hati sudah tenang.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: