Saya mengalami kemalangan kecil, terjatuh dari tangga semasa pitam," tulis peragawati yang juga pelakon, Amber Chia, 41, dimana dia mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh dari tangga kerana pitam.
Namun begitu, Amber yang menjalani rawatan lanjut di sebuah pusat perubatan swasta itu tidak memberitahu di mana insiden tersebut berlaku.
Amber berkongsi kejadian malang yang menimpanya di Instagram dengan memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia terbaring di katil hospital dengan kepala berbalut.
Sementara itu, menerusi Instagram Story, Amber berkongsi keadaan dirinya yang tetap ceria dengan ditemani keluarga dan rakan rapat yang membantunya dalam pengurusan diri.
Klik untuk gambar besar
"Saya okay. Jangan risau, semuanya baik-baik saja," tulisnya dalam kapsyen gambar di Instagram Story itu.
Difahamkan, Amber perlu menjalani pembedahan kecil akibat kemalangan dialaminya itu. Bagaimanapun, yang pasti Amber tidak mengalami kecederaan pada organ dalaman.
Meninjau ke ruangan komen pula, ramai yang bersimpati dan mendoakan agar Amber cepat sihat dan pulih. Rata-rata warga maya yang meninggalkan komen berharap Amber kuat dan terus bersemangat.
Untuk makluman, Amber mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Adrian Wong dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak lelaki Ashton, kini berusia 13 tahun.
Amber berasal dari Perak tetapi dibesarkan di Tawau, Sabah, memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada 2004. Seterusnya, menubuhkan perniagaannya sendiri pada 2009, menerusi syarikat Amber Creations.
Disusuli, setahun kemudian dia menubuhkan pula sekolah model dikenali Amber Chia Academy.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment