07 July 2023

TIDAK WARAS KETIKA KEJADIAN, LAYAK DIBICARA - KELUARGA POSITIF YASIN SULAIMAN AKAN BEBAS TUDUHAN DADAH



Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian berdasarkan laporan psikiatri, namun layak dibicarakan atas tiga pertuduhan berkaitan dadah sebelum ini.
Dihadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohamad pada petang Khamis, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin juga memberitahu, laporan daripada Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak itu turut mendapati Yasin mengalami Bipolar disorder, (keceleruan efektif), Hypertiroidisme (gangguan mental) serta dilaporkan tidak waras semasa kejadian berlaku.

"Walau bagaimanapun keadaan mental (Yasin) bertambah baik dan layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu membela diri," jelasnya.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan satu tarikh sebutan sebelum perbicaraan diteruskan.

Klik untuk gambar besar
Peguam mewakili Yasin iaitu Arif Azami Hussin kemudian memohon mahkamah menetapkan terus tarikh perbicaraan singkat. Kemudiannya, Hakim Nik Nasimah menetapkan 9 Ogos ini bagi sebutan semula kes manakala 28 dan 29 Ogos ini bagi perbicaraan seterusnya.

Sementara itu, abang kepada Yasin iaitu Zain Sulaiman, 51, menjelaskan, adiknya itu menunjukkan peningkatan positif sejak menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, dua bulan lalu.

Kata Zain, berat badan Yasin juga bertambah selepas dirujuk ke hospital berkenaan, selain ubat yang dimakan sebelum ini ditukar memandangkan ia mempunyai masalah dan kesan sampingan.
"Alhamdulillah apabila dirujuk ke hospital itu, ubah diubah kerana sebelum ini ada masalah dan kesan sampingan... penambahan ubat-ubatan lain serta rawatan lain berhasil meningkat tahap kesihatan dan berat badannya.

"Perkara itu amat penting buat kami sekeluarga, nak tengok dia kembali sihat," tutur abang Yasin kepada pemberita, dimana dia turut berkata, mereka sekeluarga berharap agar Yasin dibebaskan daripada tiga pertuduhan tersebut dan akan tetap berada dibelakang adik kesayangan sehingga kes selesai.

"Yasin selalu pesan untuk teruskan berdoa untuk dia... Sebagai abang saya yakin 200 peratus menantikan khabar baik mengenai kes ini dan kami sekeluarga sentiasa berada dibelakangnya sehingga akhir," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: