07 July 2023

MAWAR RASHID TERUJA BERTENTANG MATA DENGAN ADIK KANDUNG SELEPAS 23 TAHUN



"Selama ini saya rasa saya anak bongsu," itulah kata pelakon Mawar Rashid yang meluahkan raaa teruja akhirnya dapat bertentang mata dengan adik kandungnya yang dikenali sebagai Aireen, selepas 23 tahun terpisah.
"Inilah kali pertama jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, bercakap dan kenal antara satu sama lain. Aireen ada seorang lagi adik perempuan jadi saya ada dua orang adik kandung perempuan," ujarnya yang turut memberitahu, pertemuan itu juga membuatkan dia mula merasai perasaan bergelar seorang kakak.

Berkongsi detik pertemuan itu di laman Instagram pada Jumaat, Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, berkata, wajah Aireen persis arwah bapanya dan sedikit sebanyak dapat mengubat rindunya.

Difahamkan, Aireen merupakan adik sebapa Mawar tetapi berlainan ibu dan mereka tidak pernah bertemu sejak kecil.

Klik untuk gambar besar
"Arwah bapa ada tiga isteri, ibu saya nombor dua. Saya tidak pernah jumpa adik-beradik dari isteri nombor tiga. Mungkin pernah jumpa tapi lupa sebab masa itu sangat kecil ketika saya umur lima tahun.

"Saya sangat suka ada adik angkat dan sentiasa mahukan adik perempuan. Alhamdulillah dapat betul-betul jumpa adik kandung. Dia sangat cantik, baik dan positif.

"Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa Mawar bila berjumpa dengan Aireen. Seribu satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Rasa terharu, rindu, kasih dan cinta sangat kat adik Mawar ini. Lebih-lebih lagi muka dia persis seperti arwah ayah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: