07 July 2023

BILA MARYAM MAHU BESARKAN RINA SEBAGAI MELAYU



"Saya nak dia membesar sebagai Melayu sebab dia lahir di Malaysia dan dia memang orang sinilah. Kalau budaya Korea, sekurang-kurangnya dia tahulah. Tahu pasal sedikit sejarah, cukuplah.
"Tapi saya memang nak dia lebih menjadi Melayu," ujar pempengaruh juga pelakon, Maryam Youranae, 31, yang berhasrat membesarkan anaknya Nik You Rina, 2, sebagai anak Melayu sejati, meskipun dia sendiri berdarah Korea asli.

Mahu anak tahu sedikit pasal budaya negara asalnya, Maryam bagaimanapun tetap mendedahkan Rina dengan bahasa Korea bahkan selesa bertutur bahasa itu dalam berkomunikasi lebih efektif kepada anaknya.

Klik untuk gambar besar
"Saya cakap Melayu dan Korea juga dengan dia. Tapi kebanyakan masa saya akan cakap Korea sebab bila cakap bahasa ibunda sendiri, saya dapat ekspresikan sayang itu dengan lebih lagi.

"Kalau cakap Inggeris atau bahasa Melayu, rasa tak sampai sangat," jelasnya yang turut berkata, dia tidak ambil hati bila ada pihak mendakwa Ryzal mempergunakan dia demi mengaut keuntungan.
"Tak apa. Ramai orang cakap Ryzal gunakan saya. Tapi saya cuma penjual roti sebelum ini dan bila jumpa Ryzal, dia yang mengajar saya buat 'content'. Saya yang selalu minta Ryzal bawa saya ke Malaysia. Bawa saya keluar dari kesusahan hidup saya (di Korea) dan dia buat. Jadi, saya pun gunakan dia juga.

"Sudah memang jodoh kami, jadi kami saling melengkapi sesama sendiri. Kami jadi popular pun sebab rezeki dan ada bakat. Janganlah fikir saya dipergunakan suami," tutur Maryam yang bakal tampil membintangi filem sulungnya berjudul 'Mat Tudung Begins'.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: