07 July 2023

ALI PUTEH DAKWA ISTERI TERIMA UGUTAN, MESEJ KETERLALUAN : "KITA MAIN KAU RAMAI-RAMAI"



Baru-baru ini, pelawak Ali Puteh menerusi podcast dikendalikan dua orang pendakwah iaitu PU Rahmat dan PU Amin itu telah berkongsi kisah dimana bukan dia saja yang menerima ugutan, malah isterinya juga turut menerima mesej keterlaluan.
"Yang paling teruk (diugut) isteri saya lah. Saya boleh sebut ya di sini? Ini isteri Ali Puteh eh? Kau datang sini, kau kangkang depan kita, kita main kau ramai-ramai. Baru kau tahu nikmat atas meja.

"Tak tahu lah kalau ustaz tapi saya ni suami ni. Rasa macam tak tahu nak cakap apa, sampai tahap macam tu sekali," ujar Ali yang berkata, ada juga yang memetik nama arwah ibunya yang telah meninggal dunia dengan kata-kata yang sangat biadab.

"Saya dapat DM, dia kata kalau aku jadi mak kau, kalau tahu keluar anak macam kau, suruh mak kau main pakai kond*m dengan bapak kau, supaya tak keluar anak macam kau," katanya lagi.

Pada April lalu, Ali berkata, dia pernah telintas untuk mahu berdamai dengan balu arwah abangnya, namun perkara tersebut ditolak olehnya.

Jelas Ali lagi, sejak abangnya meninggal dunia, dia dan keluarga tidak dapat melihat anak saudaranya, Hamzah. Malah, ibunya juga tidak berpeluang melihat cucunya sampai akhir hayatnya.

Malah, Ali juga dikecam teruk oleh netizen serta menerima ugutan daripada mereka yang membencinya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: