25 July 2023

UYAINA DEDAH SEMPAT BUAT VIDEO KEJUTAN BUAT SUAMI, SEBELUM KEGUGURAN ANAK KEDUA



Menerusi perkongsian di laman di Instagram, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad telah menyampaikan berita duka apabila dia mengalami keguguan anak kedua baru-baru ini.
Dalam perkongsian itu juga, Uyaina turut berkongsikan dia sempat membuat kejutan buat suaminya, penyanyi Raja Syahiran pada Mei lalu, dimana memaklumkan dirinya hamil anak kedua.

Bagaimanapun, kata Uyaina, dia tetap meluahkan rasa syukur apabila diberikan peluang untuk hamil, biarpun rezeki tidak berpihak pada mereka.

Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Uyaina menitipkan ucapan terima kasih bersempena ulang tahun kelahiran suami tercinta serta mendoakan agar kasih sayang antara mereka kekal hingga ke syurga.

"Video ni diambil waktu bulan 5 masa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy.. Tak boleh diungkap dengan kata-kata.. Syukur.
"Tapi sayang.. Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu.

"Dan hari ini, hari lahir suamiku @Syahiran. I’m glad that I'm going through this journey with you. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk I & Urhan.

"I doakan yang terbaik untuk you dalam setiap apa yang you buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka2 untuk kita berdua. Saling sayang menyayangi, hormat menghormati, dan berkasih sayang hingga ke syurga. Aamin. Happy Birthday, hubby," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: