24 July 2023

TAK BOLEH TUNAI MANIFESTO SELEPAS MENANG ABPBH 35 - BELL NGASRI MINTA MAAF : "KALAU DIA NAK JUGA, INSYA-ALLAH TAK PAYAH BULAN PUASA..."



Pelakon dan pelawak Bell Ngasri, 42, sebelum ini pernah mengemukakan menifesto dimana dia berseloroh mahu membelanja para pengundi makan tengah hari pada bulan Ramadan nanti jika menang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35).
Menifesto Bell mula hangat diperkatakan selepas dia mencipta kejutan apabila dinobat Artis Komedi Popular serta Bintang Paling Popular di ABPBH 35. Bagaimanapun Bell tampil memohon maaf tidak dapatkan menunaikan janji manifestonya, selain tidak sangka perkara itu dipandang serius sesetengah pihak.

"Manifesto yang digunakan untuk berkempen itu adalah cadangan daripada rakan, tetapi saya tidak menyangka ia dipandang serius pula. Saya anggap ia sekadar gurauan saja. Apabila dijadikan sebagai manifesto kempen, saya berpendapat takkan mereka hendak makan ketika bulan puasa.

"Namun, saya tidak menyangka dan terlepas pandang ada dalam kalangan pengundi saya bukan beragama Islam. Jadi, saya termenung sekarang ini kerana tidak tahu bagaimana hendak memberikan maklum balas. Saya memang tidak sangka sebenarnya.

Klik untuk gambar besar
"Saya meminta maaf, namun saya bukan berkecimpung dalam bidang politik. Saya berada dalam bidang hiburan dan apa yang saya buat untuk menghiburkan anda semua saja. Tidak ada pun saya terfikir untuk merealisasikan apa yang dijanjikan dengan betul. Namun saya menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran untuk membuat lawak," katanya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan juga apabila pempengaruh media sosial iaitu Dr Malar Santhi antara yang menuntut Bell membelanjanya makan tengah hari pada bulan Ramadan susulan kemenangannya itu.

"Kalau dia (Dr Malar) nak juga, Insya-Allah tak payah bulan puasa. Saya boleh 'tapau'kan (bungkus) nasi kandar vanggey dua dengan teh o ais," ujar Bell yang terkejut apabila Dr Malar datang bertemu dengannya ketika dia terbabit dalam satu program TV semalam, bagi menuntut janji selain sempat berborak dengan pelakon yang popular menerusi watak 'Barkoba' itu.
"Semalam kami bertemu dan bertentang mata. Kami terjumpa di sebuah program TV. Saya panik dan menggeletar sebab mula-mula dia cakap dia bukan terbabit dalam program itu pun. Dia datang memang nak cari saya saja, lagilah saya menggelupur," tutur Bell.

Bagaimanapun, menurut Bell, Dr Malar menjelaskan dia sebenarnya sekadar melawak dan mengakui sudah mengenali Bell sejak kecil. Namun begitu, kata Bell, dia memang tidak berkira dan sedia belanja Dr Malar tanpa perlu menunggu bulan Ramadan. Dalam masa sama, Bell tidak menyangka manifesto gurauan itu besar impaknya.

"Alhamdulillah, dia pun seorang yang baik orangnya. Saya terharu dan tidak sia-sialah saya berlakon serta berada dalam bidang seni ini sejak kecil lagi. Ini adalah kejutan, malah satu tamparan hebat sebab saya tak pernah terfikir hal itu. Dr Malar memang nak tengok boleh ke tidak saya melunaskan manifesto itu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: