"Saya beritahu awal-awal, Tiara seorang kanak-kanak yang agak perlahan dalam pembelajaran. Tetapi saya yakin dia boleh belajar. Cuma saya dan isteri perlu lebih berusaha untuk mengajarnya di rumah.
"Saya juga mahu mengikut apa yang dia minat dan saya percaya minat (dalam perniagaan) ada cenderung kepada masa depannya nanti."
Itulah jelas pelawak Achey mengenai anaknya, Nur Tiara Zinnirah yang sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila dia dilihat menceburi perniagaan makanan ringan dan ia mendapat sambutan luar biasa.
Selain ada menyokong, ada juga segelintir netizen mempertikaikan tindakan pelawak itu yang seolah mempergunakan anaknya ini untuk menjana pendapatan.
Klik untuk gambar besar
Kata Achey lagi, anaknya yang berusia lima tahun itu sebenarnya kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran dan dia mahu mencungkil kelebihan serta kemahiran Tiara di usia muda.
Dalam pada itu, Achey mengulas, selain kepentingan pelajaran, ilmu kemahiran juga penting untuk diterapkan kepada anak.
Selain itu, Achey juga berkata, dia tidak mahu memberi tekanan kepada Tiara disebabkan masalah dihadapinya itu.
"Bukan ilmu tak penting tapi saya tak boleh menekan Tiada. Apa saya boleh katakan, kemahiran juga penting dalam mencari pendapatan.
"Saya percaya kalau anak-anak terapkan pengalaman yang dia ada dan masukkan sekali dengan pembelajaran yang diajar, saya rasa hasilnya akan jadi lebih baik," ujarnya.
Sebelum ini, Achey meluahkan rasa syukur apabila anaknya berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dalam masa dua jam serta menerima 'gift' daripada pengikut di TikTok.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment