28 August 2023

DAKWAAN SUDAH PUTUS DENGAN KEKASIH - SOPHIA ALBARAKBAH 'KUNCI MULUT'



Semua sedia mengetahui mengenai pelakon sensasi, hubungan Sophia Albarakbah dengan seorang jejaka dikenali sebagai Mr Doctor, yang sebelum ini heboh diperkatakan sekali gus mencuri perhatian ramai.
Malah, Sophia juga lebih terbuka berkongsi kisah cinta mereka termasuk membawa kekasihnya itu menemaninya ke pelbagai acara hiburan.

Terkini timbul pula dakwaan mengatakan hubungan Sophia dengan kekasihnya itu sudah berakhir.

Klik untuk gambar besar
Berhubung dakwaan tersebut, pelakon berusia 30 tahun ini bagaimanapun enggan mengulas mengenai hubungannya dengan kekasih itu.

"Maaf, saya tidak mahu komen mengenai perkara itu," kata Sophia yang memaklumkan, dia buat masa ini mahu fokus untuk mengukuhkan kerjaya lakonannya dan bakal menjalani penggambaran filem dalam masa terdekat.

"Saya sibuk membuat persiapan untuk ke lokasi penggambaran termasuk projek filem baru tidak lama lagi," jelas pelakon filem 'Jerangkung Dalam Almari' itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: