14 August 2023

ALAMI MASALAH RADANG USUS - JANNA NICK MASIH DALAM PROSES PEMULIHAN, SELEPAS PULANG DARI HOSPITAL



"Sudah dibenarkan pulang namun masih dalam proses pemulihan," itulah kata pelakon Janna Nick yang berkongsi keadaan terkininya yang masih dalam proses pemulihan, meskipun sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Ahad lalu, selepas dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, akibat mengalami masalah radang usus.
Dalam perkongsian di laman Instagram itu, Janna memuat naik foto ketika dia terbaring di atas katil wad, dimana ia turut kelihatan suaminya iaitu pelakon Dini Schatzmann yang sedang menemaninya sepanjang berada di wad.

Perkongsian Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, turut mendapat perhatian rakan-rakan artis dan pengikutnya dimana rata-rata mereka mendoakan pelakon itu segera pulih.

Sementara itu, Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, ketika dihubungi memberitahu, Janna berada dalam keadaan baik : "Dia okey sekarang," ujarnya ringkas.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: