14 August 2023

"INI MELAMPAU SANGAT DIA GUNA GAMBAR SAYA UNTUK KUTIP DUIT ORANG" - ROSYAM NOR BERI AMARAN



"Saya bising bukan apa. Sudah banyak kali keluar. Ini melampau sangat kerana dia (scammer) menggunakan gambar saya untuk kutip duit orang. Kononnya syarikat pelaburan itu saya punya.
"Saya sudah buat laporan kepada SKMM bulan lalu dan harap mereka akan ambil tindakan. Kalau masih ada lagi selepas ini yang menggunakan wajah saya tanpa kebenaran, saya terus akan buat laporan polis dan ambil tindakan mahkamah."

Demikian ujar pelakon Datuk Rosyam Nor, 56, yang tampil memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran untuk iklan dengan tujuan menipu orang ramai.

Kata Rosyam, dia terpaksa bersuara lantang susulan gambarnya digunakan dalam iklan skim pelaburan baru-baru ini, sehingga dia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tambah Rosyam lagi, apa yang membuatnya lebih terkilan, rakan terdekatnya sendiri hampir terpedaya dengan skim penipuan itu. Mujur mereka ada bertanya kesahihan perkara itu kepadanya.

"Dia kata dia tengah susah. Dia nak buat pelaburan sebab dia ada sedikit simpanan. Saya terfikir ia sudah teruk sangat. Nasib baik dia tanya saya dulu. Cuba bayangkan orang yang tak ada nombor (telefon) saya, melabur dan silap-silap lesap semua duitnya," katanya.

Dalam pada itu, Rosyam turut menyeru semua agar tidak segera terpedaya sekiranya ternampak iklan menggunakan wajah artis.

"Yang mengenali saya, kalau nampak iklan-iklan begitu, tolonglah jangan percaya. Paling penting pada era digital ini, apa yang artis buat mesti ada keluar di media sosial mereka. Lebih baik, periksa dulu. Kalau iklan begitu tiada di media sosial mereka, itu penipuan," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: