14 August 2023

RISAU ANAK-ANAK TAK FAHAM ERTI SUSAH - AWAL & SCHA MAHU BAWA KE RUMAH KEBAJIKAN & GELANDANGAN : "KALAU DIBIARKAN, TAKUT MEREKA HANYUT"



Terlalu selesa hidup senang membuatkan pelakon dan pengacara Awal Ashaari, 42, meluahkan rasa bimbang akan dua anaknya Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2, yang tidak tahu ramai sebenarnya orang hidup susah.
Dek kerana itu, Awal berkata, dia dan isteri, Scha Al-Yahya, 40, berazam mahu membuka mata mereka mengenai situasi itu kerana anaknya masih belum tahu konsep hidup susah.

"Itu hal yang saya selalu fikir dengan isteri saya. Lara dan Lyla membesar dengan cara yang sangat selesa sampai mereka tak sedar pun sebenarnya kat luar sana ada orang susah.

"Kalau Lara mengadu panas walaupun ada penghawa dingin, saya beritahu setengah orang tiada pendingin hawa dan dia tak percaya. Dia ingat semua rumah ada peralatan itu.

Klik untuk gambar besar
"Dia tak faham konsep susah. Dia rasa senang, tambahan pula kawan-kawan dia pun senang. Dia tak pernah terfikir ada orang yang adik-beradiknya ramai. Nak makan pun tak cukup," katanya.

Jelas Awal lagi, dia juga cuba mengajar perkara itu perlahan-lahan di rumah, bagaimanapun anaknya mempersoalkan pula tindakannya kerana masih tidak faham konsep orang susah.

"Ada terfikir macam mana nak ajar dia susah? Kalau tak bagi, nanti dia persoalkan kenapa pula. Dia 'psiko' saya balik bertanya kenapa saya tak bagi apa yang dia minta.
"Tempoh hari, masa hari jadi Lyla, Scha sertai kenduri di sebuah program amal anak yatim. Kami tunjuk video kanak-kanak di sana dan beritahu mereka tiada ibu bapa. Mereka soal balik mana ibu bapa mereka pergi?

"Mereka cuba fahaminya kerana situasi itu tidak berlaku dalam persekitaran mereka," ujar Awal yang memberitahu, dia sangat bersetuju apabila isterinya mencadangkan sesekali membawa anak-anak mereka ke rumah-rumah kebajikan dan gelendangan misalnya supaya mereka dapat lihat sendiri.

"Itu antara usaha-usaha yang kami akan buatlah nanti. Untuk membawa mereka pergi tengok orang-orang susah. Sebab kalau dibiarkan, nanti mereka hanyut," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: