"Komen yang dilontarkan kadang-kadang tak tercapai dek akal. Tak tahu apa motifnya. Ia sudah makin teruk dan tidak terkawal. Jika benar hendak meluahkan kata-kata sebegitu, jumpa dan katakan sendiri dengan saya. Bukan hanya berani di ruangan komen saja.
"Pasti tiada individu yang suka apabila isteri diperlakukan sebegitu. Siapa yang tidak mahu dikurniakan zuriat? Apatah lagi kami berdua juga semakin meningkat usia. Namun, semuanya adalah kuasa Allah dan kita serahkan kepadanya."
Itulah ujar pelakon Kamal Adli yang meluahkan rasa kecewa dan pelik dengan sikap segelintir netizen di media sosial yang dilihat semakin lama semakin pelik apabila menyindir isterinya, pelakon Uqasha Senrose mengenai zuriat.
Sebelum ini, Uqasha berasa sedih apabila ada segelintir netizen mempersoalkan kenapa belum memiliki anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Klik untuk gambar besar
Tambah Kamal lagi, dia turut menasihati isterinya itu jangan ambil peduli dengan kata-kata negatif tersebut. Selain itu, Kamal juga berkata, netizen juga perlu lebih berhati-hati meninggalkan komen supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.
"Saya minta Uqasha supaya jangan ambil kisah mulut orang sebab mereka tidak tahu cerita sebenar. Mereka hanya tahu menghakimi tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.
"Semua itu kerja Allah. Sebagai manusia kita hanya mampu usaha saja. Uqasha pun pernah keguguran sebelum ini akibat terlalu banyak bekerja.
"Kami sentiasa ikhtiar. Bukannya isteri saya tidak pernah hamil sebelum ini. Tak perlu nak beritahu orang kami sedang berusaha," kata Kamal yang berkahwin dengan Uqasha pada 5 November 2021.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment